Monday, 9 March 2015

KISAH WANITA DIBATALKAN KEWARGANEGARAANNYA

       Walaupun dilahirkan di Malaysia, Wong Ah Kar, 59, hanya menjadi warganegara Malaysia sepenuhnya pada tahun 1973. Tetapi pada tahun 1989, ia telah dibatalkan tanpa pengetahuannya.Wong menunjukkan sijil pendaftaran yang menunjukkan
bapanya yang berasal dari China, menjadi warganegara Malaya pada 27 Januari 1958.

      Bagaimanapun, berlaku komplikasi kerana Wong (kanan dalam gambar) dilahirkan di Kuala Kangsar, Perak pada 25 April1954 sebelum bapanya menjadi warganegara, dan dengan itu, dia terpaksa memohon sendiri kemudiannya.

     Namun, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kemudian mengeluarkan perintah membatalkan kewarganegaraannya dengan nombor sijil pendaftaran 533728 yang berkuatkuasa pada 17 Julai 1989.

No comments:

Post a Comment