
Kewarganegaraan boleh diserahkan melalui penyerahan kewarganegaraan dan diperoleh melalui pewarganegaraan. Kewarganegaraan boleh dilucutkan sekiranya seseorang itu melakukan kesalahan-kesalahan berat yang tertakluk dengan undang-undang Negara. Di Malaysia, kewarganegaraan seseorang itu boleh diberikan melalui beberapa cara. Antaranya, melalui Naturalisasi, kuat kuasa undang-undang, pendaftaran dan percantuman Wilayah. Maksud Naturalisasi turut dikenali sebagai masukan atau permohonan. Selain itu, maksud kuat kuasa undang-undang ialah lahir sebelum 16 September 1963 dan menjadi warganegaraan persekutuan. Seterusnya, maksud pendaftaran ialah telah bermastautin selama dua tahun sebelum permohonan dan terus bermastautin serta berkelakuan baik, Ibu atau bapanya warganegara persekutuan dan dilahirkan sebelum Oktober 1962. Manakala maksud percantuman wilayah ialah wilayah yang dimaksudkan dalam persekutuan selepas Hari Malaysia.
No comments:
Post a Comment