Monday, 9 March 2015

CARA PEMEROLEHAN KEWARGANEGARAAN

Peruntukan pemerolehan kewarganegaraan disenaraikan dalam Bahagian 3 perkara 14 hingga perkara 22 Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Kewarganegaraan boleh diperolehi melalui empat cara iaitu:

1) Kewarganegaraan secara kuat kuasa undang-undang.
    - Individu lahir selepas atau pada hari Malaysia dan menjadi warganegara atas       peruntukan kelayakan ditetapkan:
     a) Lahir di Malaysia - Bapa atau ibu warganegara 
     b) Lahir di luar Malaysia - Bapa warganegara atau berkhidmat dengan kerajaan

2) Kewarganegaraan secara pendaftaran
     a) Isteri dan anak warganegara
     b) Seseorang berumur 18 tahun atau lebih lahir di Persekutuan sebelum hari merdeka
     c) Seseorang yang berumur kurang daripada 21 tahun
     d) Seseorang berumur 18 tahun dan bermastautin di Sabah atau Sarawak pada hari Malaysia

3) Kewarganegaraan secara Neutralisasi
     a) Individu tersebut menetap di Persekutuan Malaysia 10 daripada 12 tahun sebelum tarikh permohonan
     b) Berniat menjadi pemastautin tetap Persekutuan Malaysia
     c) Bertingkah laku baik
     d) Berpengetahuan baik dalam Bahasa Melayu

4) Kewarganegaraan secara percantuman wilayah
      a) Penduduk Singapura, Sabah dan Sarawak mendapat taraf kewarganegaraan apabila ketiga tiga wilayah ini menganggotai Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963

No comments:

Post a Comment