Wednesday, 11 March 2015

FAKTOR-FAKTOR PEMBATALAN KEWARGANEGARAAN




JR AL SUNRAJ KUMAR - 07DKM14F2004
DAN BOBO - 07DKM14F2008
NAJIB KABIR - 07DKM14F2017
MOHD ISKANDAR - 07DKM14F2011




Monday, 9 March 2015

KEWARGANEGARAAN

           Kewarganegaraan merupakan keahlian kepada sesebuah komuniti politik iaitu, sesebuah bandar yang pada asalnya tetapi kini lebih kepada sesebuah Negara. Seseorang yang mempunyai keahlian ini dipanggil warganegara. Biasanya, kewarganegaraan berbeza. Warganegara mempunyai hak untuk menyertai bidang politik negerinya seperti mengundi atau menjadi calon pilihan raya. Kewarganegaraan berasal daripada hubungan disisi undang-undang dengan sesebuah Negara. Kerakyatan berasal daripada tempat kelahiran yang dipanggil Jus Soli

              Kewarganegaraan boleh diserahkan melalui penyerahan kewarganegaraan dan diperoleh melalui pewarganegaraan. Kewarganegaraan boleh dilucutkan sekiranya seseorang itu melakukan kesalahan-kesalahan berat yang tertakluk dengan undang-undang Negara. Di Malaysia, kewarganegaraan seseorang itu boleh diberikan melalui beberapa cara. Antaranya, melalui Naturalisasikuat kuasa undang-undangpendaftaran dan percantuman Wilayah. Maksud Naturalisasi turut dikenali sebagai masukan atau permohonan. Selain itu, maksud kuat kuasa undang-undang ialah lahir sebelum 16 September 1963 dan menjadi warganegaraan persekutuan. Seterusnya, maksud pendaftaran ialah telah bermastautin selama dua tahun sebelum permohonan dan terus bermastautin serta berkelakuan baik, Ibu atau bapanya warganegara persekutuan dan dilahirkan sebelum Oktober 1962. Manakala maksud percantuman wilayah ialah wilayah yang dimaksudkan dalam persekutuan selepas Hari Malaysia.

TUJUAN PERLEMBAGAAN

Antara tujuan Perlembagaan digubal:
  • Mewujudkan satu bentuk pemerintahan yang adil
  • Mengelakkan penyalahgunaan kuasa oleh pemerintah
  • Mengawal pergerakan kerajaan dan rakyat
  • Sebagai alat untuk myelesaikan masalah
  • Menjamin riwayat negara bangsa
  • Menjamin keamanan dan kestabilan negara

CARA PEMEROLEHAN KEWARGANEGARAAN

Peruntukan pemerolehan kewarganegaraan disenaraikan dalam Bahagian 3 perkara 14 hingga perkara 22 Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Kewarganegaraan boleh diperolehi melalui empat cara iaitu:

1) Kewarganegaraan secara kuat kuasa undang-undang.
    - Individu lahir selepas atau pada hari Malaysia dan menjadi warganegara atas       peruntukan kelayakan ditetapkan:
     a) Lahir di Malaysia - Bapa atau ibu warganegara 
     b) Lahir di luar Malaysia - Bapa warganegara atau berkhidmat dengan kerajaan

2) Kewarganegaraan secara pendaftaran
     a) Isteri dan anak warganegara
     b) Seseorang berumur 18 tahun atau lebih lahir di Persekutuan sebelum hari merdeka
     c) Seseorang yang berumur kurang daripada 21 tahun
     d) Seseorang berumur 18 tahun dan bermastautin di Sabah atau Sarawak pada hari Malaysia

3) Kewarganegaraan secara Neutralisasi
     a) Individu tersebut menetap di Persekutuan Malaysia 10 daripada 12 tahun sebelum tarikh permohonan
     b) Berniat menjadi pemastautin tetap Persekutuan Malaysia
     c) Bertingkah laku baik
     d) Berpengetahuan baik dalam Bahasa Melayu

4) Kewarganegaraan secara percantuman wilayah
      a) Penduduk Singapura, Sabah dan Sarawak mendapat taraf kewarganegaraan apabila ketiga tiga wilayah ini menganggotai Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963

FAKTOR YANG MEMBATALKAN KEWARGANEGARAAN

Setiap warganegara Malaysia boleh kehilangan taraf kewarganegaraan disebabkan oleh dua keadaan seperti yang diperuntukkan oleh Perlembagaan iaitu melalui cara Tolakan (Perkara 23 Perlembagaan Persekutuan) dan Perlucutan Taraf Kewarganegaraan (Perkara 24, 25 dan 26 Perlembagaan Persekutuan).


  • Seorang warganegara membuktikan dia telah tidak setia kepada Negara melalui perbuatan dan percakapan
  • Menderhaka terhadap kerajaan semasa peperangan dengan menjalankan urusan atau pernigaan dengan musuh Negara
  • Seseorang yang telah bermastautin di negara asing melebihi lima tahun secara berterusan tanpa mendaftar di Pejabat Konsul Persekutuan.
  • Seseorang itu telah menjadi warga asing
  • Dihukum penjara lebih daripada 15 bulan atau denda tidak kurng daripada RM 5000 tanpa pengampunan bagi kesalahannya dalam tempoh 5 tahun
  • Memperoleh kewarganegaraan secara tipu atau palsu
  • Bekerja di bawah kerajaan asing


KISAH WANITA DIBATALKAN KEWARGANEGARAANNYA

       Walaupun dilahirkan di Malaysia, Wong Ah Kar, 59, hanya menjadi warganegara Malaysia sepenuhnya pada tahun 1973. Tetapi pada tahun 1989, ia telah dibatalkan tanpa pengetahuannya.Wong menunjukkan sijil pendaftaran yang menunjukkan
bapanya yang berasal dari China, menjadi warganegara Malaya pada 27 Januari 1958.

      Bagaimanapun, berlaku komplikasi kerana Wong (kanan dalam gambar) dilahirkan di Kuala Kangsar, Perak pada 25 April1954 sebelum bapanya menjadi warganegara, dan dengan itu, dia terpaksa memohon sendiri kemudiannya.

     Namun, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kemudian mengeluarkan perintah membatalkan kewarganegaraannya dengan nombor sijil pendaftaran 533728 yang berkuatkuasa pada 17 Julai 1989.

KISAH AL-MAUNAH

   Seseorang boleh dilucutkan kewarganegaraannya jika dia mencemarkan nama Negara, mengkritik kerajaan atau raja-raja dan tidak sehaluan dengan undang-undang. Kita petik daripada kisah Al-Maunah di mana mereka menentang sistem beraja di Malaysia. 

  Al-Ma'unah adalah sebuah organisasi pengganas militan di Malaysia yang terkenal dengan keberaniannya melakukan pencerobohan nekad ke atas sebuah kem Rejimen Askar Wataniah pada subuh 2 Julai 2000 dan melarikan sejumlah besar senjata api daripada stor persenjataan. Kumpulan tersebut kemudiannya mendirikan pangkalan rahsianya di kawasan hutan berhampiran perkampungan di Sauk, negeri Perak dan terlibat dalam pertempuran di antara Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia.
Kumpulan Al-Ma'unah kemudiannya menyerah diri, dan pemimpin yang dikatakan orang yang mendalangi percubaan untuk "melancarkan pemberontakan menggulingkan Raja". Kerajaan Malaysia bertindak memerangi ahli kumpulan Al-Ma'unah selepas memberi peluang untuk kumpulan tersebut menyerah diri dan menghentikan sebarang percubaan untuk mendapatkan sokongan awam kepada ahli kumpulan Al-Ma'unah dan menyatupadukan mereka kembali kepada masyarakat.